Friday, January 28, 2011

BANGKIT DAN MENYERLAH

resolusi 2011 aku, lebih kurang sama seperti tahun 2010, untuk menjadi insan yang lebih berguna pada masyarakat. tahun lepas aku berjaya untuk melepasi separuh daripada cita-cita tersebut. tapi tahun ini aku akan pastikan ianya berjalan dengan lancar sehingga penghujung tahun tanpa sebarang rintangan. tahun lepas aku mengaku aku masih muda dan mentah.

aku bernasib baik, aku dapat melihat banyak ragam manusia dan aku mentafsir mereka. ramai kawan aku yang kecundang, dan ramai juga yang berjaya. dalam kelas yang berjaya, ada yang berjaya di dalam mengikut sistem, dan ada yang berjaya dengan mengikut gerak naluri hati masing-masing. kalau aku, aku akan memilih untuk keluar dari sistem dan berjaya mengikut naluri aku. aku sudah bosan dengan sistem. sistem ini menjadikan kita menelan apa sahaja yang disuap, mengikut telunjuk, dan mengangguk sahaja. aku bukan manusia seperti itu, maaf.

aku bernasib baik, dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, cukup makan dan minum, pakaian, dan segalanya, alhamdulillah. cuma diri aku saja yang sedikit malas pada usia muda, cukup banyak bermain, dan membuang masa. akan tetapi, aku tak sesalkan semua itu, bak kata seorang pemuda Pakistan yang pernah aku jumpa dulu, "semuanya sudah tertulis di dalam buku". percaya semua itu kehendakNya.

tahun ini, aku mahu lebih matang, bertindak rasional, dan tidak terburu-buru. aku tak ada apa yang nak dikejarkan, bukan ada apa nak disaingkan, dan banyak lagi untuk dipersoalkan. aku lebih banyak memerhati keadaan sekeliling. aku punya impian dan cita-cita. ada sesuatu untuk aku banggakan bila umur meningkat lanjut. dan aku perlu laksanakan visi dan misi.

dan untuk menjayakannya, aku perlu bersikap lebih terbuka, untuk mendengar kritikan dari keluarga, masyarakat, dan rakan-rakan. tak perlu angkuh untuk menolak segala nasihat dan pandangan.

"He who breaks a resolution is a weakling; He who makes one is a fool." -F.M. Knowles